Friday 25 April 2014

Ceramah Hukum Kanun Syariah 2014 bersama Kementerian Hal Ehwal Ugama


Assalamu'alaikum warahmatullah

Dengan hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa ceramah Hukum Kanun Syariah akan diadakan pada tarikh dan di tempat seperti yang tertera di bawah:

Tarikh: Selasa, 29 April 2014
Jam: 7.00 malam hingga 10.00 malam
Tempat: The Lunar Suite, Radisson Blu Hotel, Birmingham, B1 1BT

Ceramah ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Unit Penuntut-Penuntut di London, Brunei Students' Union of United Kingdom and Eire, dan Persatuan Penuntut Brunei Birmingham.

Sehubungan dengan itu, penuntut-penuntut dari kawasan West Midlands dan Manchester adalah dijemput untuk sama-sama menghadiri dan memeriahkan majlis ceramah tersebut, untuk memanfaatkan diri dengan memahami dan mendalami hukum kanun yang akan dilaksanakan di negara tercinta.

Para hadirin diminta untuk memakai pakaian kemas, sebaiknya pakaian seragam kebangsaan.

Jamuan ringan akan disediakan untuk para hadirin, dan tambang perjalanan peserta akan dibayar balik sepenuhnya. Maklumat mengenai tatacara pembayaran balik ini akan dibuat dalam masa beberapa hari akan datang.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan melalui ruang komen di bawah, atau terus dihadapkan kepada laman e-mel di brumingham.student@gmail.com



To those interested to go to the talk at Birmingham,here's the event page. There's a form you need to fill in. 
https://docs.google.com/forms/d/1qtEQeR9BuEZg5cVBIh5xo3eyXiPwFZuAW_7UtzICtWo/viewform 


Sekian, wassalam.

No comments: