Wednesday, 8 December 2010

UPP Student Card and Registration.

Salam and HI Manchers!

Message from the UPP.

1. KAD PELAJAR

Semua pelajar yang masih belum mempunyai kad pelajar atau masih belum menukar kad pelajar (jika perlu), sila hubungi pihak Unit Penuntut-Penuntut untuk membuat kad pelajar tersebut dengan segera.

2. PELAJAR PERSENDIRIAN / BRUNEI SHELL PETROLEUM / BRUNEI SHELL TANKER

Memaklumkan bahawa pihak Unit Penuntut-Penuntut (UPP) sedang mengemaskini maklumat pelajar yang sedang menuntut di United Kingdom dan Ireland.

Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama semua pelajar yang masih belum mendaftar dengan Unit Penuntut-Penuntut agar berbuat demikian dengan sesegera yang mungkin.

Sila isikan borang Academic Status Form Private (ASFP) yang boleh didapati di dalam website UPP: http://www.upp.org.uk dan kembalikan kepada admin@upp.org.uk.

Kerjasama daripada pelajar sekalian amat dihargai dan terlebih dahulu diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Unit Penuntut-Penuntut
London
02 Disember 2010


so Manchers, please take a note! and please do it soon if you haven't.=)

president 2010/2011 xx



No comments: